Salaam semua, mulanya entry kali ni aku nak tulis pasal AIR NUR IMAN tp tuka jadi air lain plak sebab BB Jauzi sakit perut, asik sembelit je, kesian jauzi umur baru 50 hari meneran sampai biru muke die..
Puncanya Air susu pekat, susu badan tau.. ubatnya g Poliklinik Gelang Patah dapat air kaler merah, masih xbaik jugak.. esoknya pergi klinik TAJ plak, dapat air kaler kuning.. kali ni ok.. doktor sarankan minum gripe water... mmg aku ade bagi tp doktor cakap bagi lebih sikit, bancuh dengan air suam.. Alhamdulillah atas nikmat dan HAKIKAT di sebalik kejadian air ada penawar bagi segala penyakit. Adalah tugas kita sebagai hamba mencari dan merungkai rahsia disebalik penciptaan Allah SWT.
Bagi ibu2 bapa2 yang ada anak atau bayi sembelit bolehlah cuba bancuhkan 10ml gripe water dengan air suam dalam 200ml bagi minum malam, bila jaga bagi minum. jgn bagi minum susu kalau baby tjaga malam.. semoga ilmu yg sedikit ini memberi manfaat kepada semua... InsyAllah... Harga pun murah je RM10.90
PAYUNG SUDAH KU SIAPKAN PERAHU PUN SUDAH KU SEDIAKAN HANYA MENUNGGU HUJAN DI LANGIT
Countdown
Kini aku adalah suami kepada seorang insan yg telah ditakdirkan bagiku.. semoga aku dapat menjadi seorang suami mithali, dikurniakan isteri yang solehah dan anak2 soleh dan solehah yg akan berjuang demi agama Allah sehingga akhirnya..amin...
Friday, February 17, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Air MUTLAK
Alhamdulillah, hari ni cerita kita tentang AIR. Seperti yg sedia maklum air merangkumi 2/3 isi bumi, 2/3 jasad dan lain2 lagi tp yg aku ingat cuma tu.. Air mutlak pulak nah aku kopipest dari wiki
Air mutlak
Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:
- air hujan
- air laut
- air sungai
- air telaga atau perigi
- air mata air
- air yang dicairkan dari salji
- air embun
Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
Ukuran Dua Kolah
- Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.
- Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.
- Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam
- Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.
Air musta'mal
Air musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.
Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta'amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.
Air yang berubah dan bercampur
Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar "air gahara".
Berikut adalah cara air yang berubah:
- Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
- Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.
- pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.
Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:
- Majawir - cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.
- Mukhalit - cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta'amal.
Air muqayyad
Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.
Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:
- Qayyad Lazim - iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
- Qayyad Musfaq - iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) "almiahu Mutaghayyir" yang membawa pengertian air bervariasi.
Air Qaid Lazim
Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.
- Contohnya:
a. Air Kelapa
b. Air Tebu
c. Air Mawar
d. Air Kopi
Hukum Air Qaid Lazim
Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.
Air musyammas
Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.
Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.
Air mutanajjis
Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.
Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.
Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis
- Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
- Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
- Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.
Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
- Lalat
- Kumbang
- Kala
- Lipas
- Cicak
- Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya
Tapi tujuan aku bukan nak cerita pasal Air yg kat atas ni, aku nak cerita pasal air yg aku rasa satu penemuan baru oleh aku dari sudut sains dan juga islam.. air tersebut diberi nama AIR NUR IMAN... ade sape tau?? insyAllah jika ada keizinan Allah akan aku kongsikan lain kali...
Thursday, February 9, 2012
Mencari ALLAH dengan AKAL
Entah kenape mlm ni aku rasa tangan ini terlalu ringan untuk memenuhkan blog ni.. mungkin atas dasar telah terlalu lama bertapa, mencari Allah dengan akal..
Entry kali ini khas untuk mereka2 yang mencari Allah dengan Akal. Dua persoalan, yang pertama, perlukah seorang hamba mempertikaikan sesuatu yang telah diputuskan untuknya? jawapan 50-50! ada kemungkinan ianya perlu dan sebaliknya masih ada kemungkinan yang tidak perlu. yang kedua, perlukan bagi sebuah kerusi, meja atau apa saja yang diilhamkan Allah kepada pereka perabut bertanyakan akan tujuan mereka dicipta?
Sang kerusi misalnya, hadir atas nama KERUSI yang tertulis di surat beranak @ MyKid nya untuk menjadi alas duduk a.k.a tempat duduk bagi mereka yang ingin duduk.. perlukah bagi pereka perabot memberitahu sang kerusi akan tujuan bagi wujud hadirnya?
Manusia, hadir atas nama insan yang dinobatkan tahkta khalifah dibumi Allah untuk menjadi Manusia... masih tidak mengerti maksud manusia itu sendiri? Jika maksud bagi nama kerusi adalah tempat duduk maka apakah maksud bagi kata nama MANUSIA? masih terlalu bodoh untuk berfikir? atas dasar ini di utuskan para nabi, tidak cukup dengan itu diutuskan pula para rasul, masih belum cukup maka diutuskan para ulama, para wali para penyambung risalah kenabian atas nama mahkluk yang mewarisi.
Ternyata masih belum cukup... nah aku bentangkan risalah dari Allah yang disampaikan turun temurun dari MUHAMMAD SAW!!!
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Az-Zariyat:56
adakah masih belum jelas sahabat? tidak dihadirkan manusia untuk mencari ALLAH lantas ada yg bertanya maka apakah kita menyembah sesuatu yang kita tidak ketahui? carilah ilmu mengenal Allah, cuba fahami sifat2 Allah nescaya kamu akan berhenti mencari Allah.... kerana hadirmu hanya satu tujuan..

Wasiat Imam Ibn Jauzi

Wahai anakku...Ketahuilah bahwa anak Adam tidak diistimewakan dengan akal melainkan agar ia mengajaknya berpikir. Untuk itulah hadirkanlah akalmu, gerakkanlah ia dan tegurlah dirimu dengan akalmu itu, nescaya akan jelas olehmu bahwa dirimu itu adalah makhluk yang memiliki beban dalam hidup ini(mukallaf).
Engkau diwajibkan melaksanakan ibadah-ibadah fardhu. Dua malaikat selalu menyertaimu dengan menghitung lafaz-lafaz dan pandangan matamu. Sesungguhnya nafas-nafas kehidupan adalah derap-derap langkah menuju ajal, batas kontrakmu di dunia ini sangat sebentar, sementara 'penjara' di dalam kubur amat lama sekali, lalu siksa yang mengiringi hawa nafsu terasa sangat keras. Lantas, di manakah kelazatan kemarin (di dunia)?! Ia telah pergi dan meninggalkan penyesalannya. Dan di mana pulakah syahwat diri itu?! Ia telah meninggalkan isi kepala dan lenyap sudah.

Tidaklah orang yang berbahagia itu kecuali kerana ia melawan hawa nafsunya. Dan tidaklah orang celaka melainkan kerana ia lebih mementingkan dunianya...
Malas meraih berbagai keutamaan dalam agama adalah seburuk-buruknya teman dekat dan cinta kesantaian akan mewarisi penyesalan..,Waspadalah! dan tegurlah dirimu! Ketahuilah bahwa melaksanakan kewajiban agama dan meninggalkan hal-hal yang haram merupakan suatu keharusan. Kapan saja seseorang melampaui batas, maka nerakalah yang dijanjikan untuknya.
Ketahuilah, bahwa mencari keutamaan adalah akhir keinginan mereka yang bersungguh-sungguh. Dan dengan sungguh-sungguh itulah kekuatan hadir..

Oleh karena itu orang yang memiliki cita-cita besar harus meraih segala keutamaan itu, kemudian menyibukkan diri dengan menghafal al-Qur'an dan mempelajari tafsirnya, hadits Rasulullah saw, mengenal sirah baginda saw dan sirah para sahabatnya, dan para ulama setelah mereka, untuk menentukan pilihan martabat yang lebih tinggi..
Tidaklah cita-cita mulia itu terhenti melainkan kerana keburukannya. Sebab, jika tidak, bila saja himmah (cita-cita mulia) itu meninggi ia tidak akan tergoda oleh dunia.
Bila saja engkau melihat dalam dirimu ada rasa lemah, bertanyalah kepada Allah, atau rasa malas mengadulah kepada-Nya. Engkau tidak akan memperoleh kebaikan selain dengan mentaati-Nya. Dan tidaklah kebaikan itu terlewati dari dirimu kecuali lantaran kemaksiatan yang engkau lakukan.
Baby Jauzi
Assalamualaikum WTB,
Setelah sekian lama blog ini bertapa di satu sudut dialam cyber, mencari Pencipta dengan akal yang dipinjam, akhirnya hijjab yang membelenggu beliau telah terbuka sbb aku mmg xde masa nak update wawaaawwaa...

Puan Bini dah selamat bersalin, anak lelaki yang sangat comel.. atas ilham yg di kurniakan Allah SWT, hadir satu nama indah MUHAMMAD JAUZI DZULQARNAIN untuk menyinari alam fana bumi Allah SWT. Lahir dengan berat 2.89, bertujuan menjadi menjadi wali, imam dan pemimpin dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Subscribe to:
Comments (Atom)