PAYUNG SUDAH KU SIAPKAN PERAHU PUN SUDAH KU SEDIAKAN HANYA MENUNGGU HUJAN DI LANGIT
Countdown
Kini aku adalah suami kepada seorang insan yg telah ditakdirkan bagiku.. semoga aku dapat menjadi seorang suami mithali, dikurniakan isteri yang solehah dan anak2 soleh dan solehah yg akan berjuang demi agama Allah sehingga akhirnya..amin...
Thursday, December 13, 2012
9/10 Punca Rezeki itu BERNIAGA
Salam hormat, salam sayang buat insan hidup, objek2 benyawa dan seluruh isibumi. Penceritaan kali ini adalah tentang isu berniaga.. dulu.. satu ketika dulu aku terlalu ortodoks memikirkan kalimah berniaga, dapat aku fahamkan berniaga itu adalah satu prosen menjual dan membeli ygng mana modus operandinya hanyalah keuntungan semata (ini apa yang telah dipaksa sumbat oleh cikgu perdagangan sewaktu aku menuntut di salah sebuah sekolah terkemuka di johor bahru).
Hari ini seakan2 sebaldi air jatuh dari tingkat dua terus ke atas tilam aku yang mana pada saat dan ketika itu aku sedang lena beradu ditemani seorang gadis indah di alam antara sedar dan nyata, sejurus air membasahi kepala aku menyusul kemuadiannya baldi yang menjadi bekas air tadi menghenyak ubun2 tempat mengalirnya keluar kalimah yang dibawa jasad kotorku.
Maka, atas kesimpulan itu aku sedar bahawasanya istilah berniaga itu sangat luas, tidak seluas alam semesta tetapi lebih luas dari jangkawan manusia2 yang menggunakan otak tetapi bukan akal untuk berfikir. Ayah ku seorang pemandu teksi, jika aku katakan dia berniaga pasti ada suara2 yg membenarkan dan menidakkan atas alasan2 peribadi yg difikirkan mampu menjadi alas bicara.. ibuku hanya menjaga kanak2 dirumah.. sekali lagi peristiwa di atas akan terjadi seolah2 dejavu di alam nyata. isteriki seorang staf pengurusan.. aku seorang perancang kapal, abangku seorang jurutera mesin dan jika aku nyatakan selurunya maka akan bosan seluruh nusantara membaca pengulangan ketara yg terutara.. salahkan aku katakan kita semua berniaga?
Ya!! kamu meniagakan pengalaman, kamu niagakan keringat, kamu niagakan masa, kamu niagakan ilmu yang kamu beli dari peniaga ilmu.. bezanya kamu dibayar pada hujung bulan.. atas dasar itu, adakan sesuai imbuhan yang kamu terima dengan barang niaga kamu? adakah dikira riba sekiranya barang jualan kamu hanya sedikit jumlahnya dari bayaran yg kamu terima?
Sunday, December 9, 2012
Kejayaan atau Kejayaan
Kejayaan atau kejayaan.. atas satu kejayaan hadir satu kejayaan, demi satu kejayaan timbul akan kejayaan. Manis kata2 terbit dari lidah tiada sedar akan pahit, sedih dan airmata mengalir demi satu kejayaan langsung tidak tahu adakan kejayaan itu kejayaan??
Yang ku karang bukan ayat puitis, tetapi kuhadirkan bersama ROH di dalam setiap bait kata agar sampai tepat kehatimu adapun lara mengalir atas suka. Dikirakan akan satu kejayaan itu sebagai satu kejayaan di belakangnya mengalir air mata ribuan manusia, di baliknya mencakar tembok2 jasad mahkluk terunggul ciptaan yang maha esa, bersama di sampingnya satu raga hati manusia yang dengan paksa dikeluarkan dari raganya. atau mungkinkan kejayaan itu HAKIKI, tercapai sempurna tanpa hasad dengki terbela dengan senang hati INSAN menanti dengan ria sanubari....
Andai aku terpaksa memilih satu antara dua...

Subscribe to:
Comments (Atom)